bahagian-1

10 Petua Kejayaan dan Kekayaan Yang Perlu Dimiliki

Kesemua 10 petua kejayaan ini adalah ekstrak dari pembelajaran yang saya dapat dari sifu dan mentor saya iaitu T.Harv Eker. Saya rasakan bahawa petua ini sangat bermanafaat untuk saya. Jadi, saya nak share kepada anda petua ini juga supaya kita sama-sama dapat manafaatkannya didalam kehidupan kita.

Berikut adalah 6 petua Kejayaan dan Kekayaan

Anda adalah punca kejayaan diri anda sendiri

Masalah kekurangan duit hanyalah keputusan/result yang di terima. Punca sebenar masalah ini adalah diri anda sendiri. Andalah punca kepada kejayaan anda.

Kalau anda tanya: “Bagaimana nak jadi berjaya?” Anda. Anda sendirilah harus memiliki komponen orang berjaya terlebih dahulu. Apabila diri anda miliki komponen kejayaan ni, semua perkara yang anda sentuh akan berjaya.

Sanggup untuk merasa tidak selesa

Sesetengah orang biasa cakap. Saya nak jadi kaya, tapi saya tak sunggup untuk tidak rasa selesa! Untuk berjaya, anda perlu bangkit dari ketidakselesaan. Anda perlu keluar dari Confort Zone anda!

Sebagai contoh; bina satu habit baru seperti membaca setiap hari memanglah susah pada mulanya. Tapi, kalau anda dahagakan kejayaan, anda perlu susahkan diri untuk menambah ilmu dan membaca setiap hari!

Sesetengah orang, mereka boleh berubah dengan habit yang baru hanya untuk satu hari saja. Yang baik sikit, 2 hari je. Kemudian, mereka akan kembali kepada gaya hidup mereka sebelum ni. Kembali kepada Confort Zone mereka. Memang susah nak bina satu habit yang baru!

Anda biasa pergi seminar-seminar motivasi? Dalam seminar, semangat anda berapi-rapi. Keluar seminar seminggu, masih lagi berapi. 1-2 bulan, api dah malap… Oleh itu, anda perlu fokus untuk suburkan satu habit satu masa sahaja. Jika anda boleh ubah @ cipta satu habit baru yang boleh suburkan kejayaan anda, hidup anda dijamin akan berubah.

Fokus kepada selesaikan masalah

Kita biasa dengar, untuk berjaya kita perlu berada di tempat yang betul dan dimasa yang betul (be in the right place in the right time). Tapi ia tak mencukupi. Diri anda sendiri perlu bersedia untuk berada ditempat yang betul pada masa yang betul. Kalau diri anda tak bersedia, peluang itu akan jadi sia-sia saja.

Apa definisi entreprenuer (usahawan)? Definisi entreprenuer adalah seseorang yang selesaikan masalah untuk mendapat keuntungan. Apakah diri anda? Adakah diri anda usahawan yang menyelesaikan masalah?

Masalah pada hari ni adalah ramai usahawan mencari peluang dan bukan masalah. Silap besar! Jangan lihat pada peluang, lihat pada masalah…

Selesaikan satu masalah yang spesifik untuk satu orang saja. Duplikasikan prosesnya itu untuk orang lain pula. Kalau anda nak jadi kaya. Jangan fokus pada jadi kaya! Fokus pada selesaikan masalah untuk ramai orang.

Belajar untuk uruskan apa yang anda dah ada

Allah takkan berikan kejayaan jika anda tidak mampu uruskan hal-hal yang kecil. Sebagai contoh, jika duit bisnes anda sering habis. Sentiasa tak cukup. Kerana anda tidak berhemah uruskan kewangan syarikat. Bisnes anda takkan kemana kerana Allah takkan bantu anda untuk lebih maju selagi anda tak mampu uruskan kewangan syarikat.

Satu lagi contoh. Adik anda nampak abang jual ais krim lalu didepan rumah dan mintak anda beli ais krim dia. Sebagai seorang abang/kakak yang baik hati anda akan panggil abang jual ais krim itu datang kerumah anda.

Anda belikan ais krim 1 scoop kepada adik anda. Selepas makan ais krim itu selama 5 saat, ais krim itu jatuh ke tanah. Dia nangis dan mintak supaya anda beli ais krim lain padanya sebagai ganti. Kemudian dia nampak iklan ais krim 3 scoop di motor abang ais krim itu. “Abang, nak ais krim 3 scooper”. Sebagai seorang yang baik hati juga, anda beli ke tak ais krim 3 scooper tu? Mestilah tak beli! Kalau 1 scoop dah tak boleh makan, inikan pula nak makan ais krim 3 scoop!!

Itulah yang saya maksudkan bahawa Allah tidak akan beri kepada anda kejayaan selagi mana anda tidak boleh uruskan perkara kecil. Oleh itu, anda perlu perbaiki anda supaya kejayaan lebih cepat datang kepada anda. Cari ilmu supaya kualiti diri anda meningkat dari masa ke semasa dan InsyaAllah, kejayaan akan diberikan kepada anda.

Melabur untuk diri anda

Untuk berjaya didalam kehidupan dan kewangan, anda perlu sentiasa melabur untuk mindset/sikap, perwatakkan, habit dan personal development diri sendiri. Setiap orang mendapat pelbagai hasil yang berbeza dari pelaburan yang dilakukan untuk diri mereka. Tapi jika kita konsisten memperbaiki diri kita, kejayaan pasti akan tiba juga.

Sebagai contoh;
Jika anda menanam satu benih pokok pauh. Setelah tanam beberapa bulan, anda dah boleh nampak pokok itu tumbuh beberapa sentimeter dari tanah. Tapi bagi tumbuhan seperti pokok buluh pula. Anda tanam benih pokok ini. Tahun demi tahun, pokoknya masih belum keluar.
Anda datang 2 tahun lepas tanam benih pokok buluh tu. Masih tiada pokok. Lepas 4 tahun, tiada pokok. Kemudian anda kata.. hmm takde pokok disini..

Kemudian, anda datang tengok pada tahun kelima. Anda bukan saja nampak tunas pokok buluh tapi anda nampak sepohon pokok buluh yang tingginya mencecah 15 kaki! Kenapa jadi begitu? Dalam masa 4 tahun pertama pertumbuhan pokok buluh anda tu, sebenarnya ia sedang menjalarkan akarnya jauh kedalam tanah.

Ia kukuhkan akarnya dengan sangat kuat supaya ia dapat menyokong pertumbuhan pokoknya yang sangat pantas tu. Sebab itulah bagi sesetengah orang, mereka seperti pokok pauh. Mereka belajar perkara baru dan praktiskan kedalam kehidupan mereka, mereka terus capai kejayaan dalam tempoh yang singkat.

Tapi mereka perlu ingat. Jika mereka tak terus melabur didalam perkembangan diri mereka, kejayaan mereka takkan kekal lama. Sama seperti motafora pokok pauh tadi. Kalau anda tak baja dan siram pokok itu, akarnya akan jadi lemah. Kalau ribut besar datang, ia mudah rebah kerana akarnya lemah.

Ada ramai juga dari anda, seperti saya bersifatkan seperti pokok buluh. Anda perlukan tempoh masa tertentu untuk mengukuhkan akar anda jauh kedalam tanah dengan mencari ilmu dan kumpul pengalaman. Apabila ilmu dan pengalaman anda sudah matang, kejayaan anda akan mencecah hingga ke awan..

Walaupun anda mempunyai sifat pokok pauh @ pokok buluh, anda perlu sentiasa cari jalan untuk melabur diri anda untuk cari ilmu-ilmu tentang kewangan, peningkatan potesi diri dan motivasi supaya kejayaan yang anda bakal terima terus kekal ke sepanjang hayat.

Sila Tonton Video Seterusnya Untuk Mendapat Lebih Banyak Petua Kejayaan dan Kekayaan

Share Post Ini: