Prinsip 7 Habits adalah Teras The Leader in Me

Habit 1: Be Proactive (Jadi Pro Aktif)

Saya seorang yang bertanggungjawab. Saya memilih setiap tindakan, sikap dan mood saya. Saya tidak menyalahan orang lain diatas kesalahan diri saya sendiri. Saya lakukan tindakan yang betul tanpa perlu disuruh, terutama bila tiada orang memerhatikan saya.

Habit 2: Begin With The End of Mind (Mulailah dari Akhir dalam Fikiran)

Saya merancang ke hadapan dan saya juga menetapkan matlamat. Saya hanya lakukan perkara yang bermanafaat yang membawa kepada perubahan. Saya mengambil bahagian penting didalam kelas dan saya menyumbang kepada misi dan visi sekolah.

Habit 3: Put First Things First (Dahulukan yang Utama)

Saya meluangkan masa untuk laukan perkara yang paling penting dahulu. Ini bermakna, saya katakan “tidak” untuk perkara yang saya tahu tak patut dilakukan. Saya tetapkan keutamaan, saya tetapkan jadual aktiviti harian dan seterusnya saya akan laksanakan perancangan saya tanpa gagal. Saya seorang yang berdisiplin dan teratur.

Habit 4: Think Win-Win (Fikir Menang-Menang)

Saya mampu untuk mengimbangi diantara lakukan apa yang saya nak dan juga apa yang orang lain nak. Saya menyimpan emosi saya didalam Bank Emosi. Apabila saya bertembung dengan konflik, saya mencari alternatif ketiga.

Habit 5: Seek First to Understand, Then to Be Understood (Berusahalah untuk Memahami Orang Lain Dahulu, Kemudian Barulah Difahami

Saya mendengar pandangan, idea dan perasaan orang lain. Saya cuba untuk melihat perkara dari kacamata mereka. Saya mendengar pendapat dari mereka tanpa menganggu percakapan mereka. Saya berani untuk melontarkan idea saya. Saya pandang bertentangan mata apabila bercakap.

Habit 6: Synergize (Sinergi)

Saya menghargai kekuatan orang lain dan belajar dari mereka. Saya mampu untuk bergaul dengan orang lain walaupun mereka berbeza dengan saya. Saya mampu untuk bekerja didalam kumpulan. Saya juga menerima idea orang lain untuk selesaikan masalah. Saya sedar bahawa penyelesaian masalah bersama-sama, jauh lebih baik dari lakukannya sendirian. Saya seorang yang merendah diri.

Habit 7: Sharpen The Saw (Asahlah Gergaji)

Saya menguruskan tubuh saya dengan baik. Saya makan makanan yang berkhasiat. Saya suka bersenam. Saya tidur dengan secukupnya. Saya luangkan masa secukupnnya dengan keluarga dan kawan-kawan. Saya belajar dari banyak cara & tempat dan bukannya terhad disekolah sahaja.

Share Post Ini: