Jom Ajar Anak-Anak Murid @ Anak-Anak Kita Kemahiran Kepimpinan?

Memiliki sikap pemimpin merupakan satu kemahiran yang sangat berguna kepada anak-anak jika dipupuk dari kecil lagi. Tapi, tak semua orang ada sikap kepimpinan didalam diri mereka. Sebab itulah, amat penting bagi kita untuk mengajar anak-anak yang Allah amanahkan kepada kita dengan kemahiran kepimpinan supaya kehidupan masa dean mereka menjadi lebih baik.

Memiliki sifat kepimpinan akan membantu anak-anak ini untuk membina keyakinan diri dan dapat berjaya didalam pelbagai aktiviti seperti projek berkumpulan, bekerjasama sebagai sebuah pasukan sukan, kelab dsb. Dan kemahiran-kemahiran ini akan terus memanafaatkan mereka apabila mereka meningkat dewasa kelak. Jadi jangan tunggu lagi, baca lebih lagi untuk mula mendidik anak-anak kita sifat kepimpinan.

Apakah definasi Pemimpin Hebat:

– Keupayaan untuk maju mara kehadapan untuk membantu rakan-rakan didalam kumpulan untuk berjaya sama.
– Boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk membina masa depan yang lebih baik dengan bekerjasama bersama-sama.
– Keupayaan untuk berkomunikasi dengan baik, memahami rakan dan membantu rakan yang memerlukan bantuan.
– Keupayaan untuk mengambil risiko dan menjadi berani.
– Mempunyai visi dan misi yang jelas.

Ada beberapa cara untuk membina kemahiran kepimpinan didalam anak-anak:

– Bantu mereka untuk melihat beberapa sudut didalam menyelesaikan sesuatu situasi. Cara ini akan membantu membuat beberapa pilihan dalam menyelesaikan masalah.
– Ajar mereka untuk menetapkan matlamat. Matlamat yang nak ditetapkan tak semestinya satu matlamat yang besar dan jauh dengan diri mereka. Matlamat yang dibina boleh digunakan untuk mencapai prestasi harian @ mingguan mereka.
– Bantu mereka untuk mengekalkan sikap positif setiap masa walaupun mereka dilanda masalah yang sukar untuk mereka selesaikan. Mempunyai sikap yang tenang dan positif adalah sikap kepimpinan yang dapat membantu anak-anak dalam membuat keputusan yang besar sewaktu mereka dewasa kelak.
– Ajar mereka bahawa membuat kesilapan adalah satu proses pembelajaran yang perlu ditempuh untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Kita perlu ajar bahawa kesilapan yang telah berlalu boleh menjadi batu lonjatan untuk membantu diri mereka bangkit dan lebih maju setapak didalam kehidupan mereka.
– Daftarkan anak-anak kita didalam aktiviti-aktiviti luar seperti sukan, musik, seni dsb supaya mereka tidak hanya fokus kepada pencapaian akaedemik semata-mata.
– Benarkan mereka untuk membuat keputusan. Walaupun untuk satu tugasan yang kecil, benarkan mereka untuk memilih beberapa kaedah penyelesaian yang serasi dengan mereka. Apabila mereka meningkat dewasa, mereka mampu untuk membuat keputusan yang besar seperti menguruskan kewangan sendiri, menguruskan rumah tangga dsb.

Setakat itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Saya berharap agar tuan/puan dapat mempraktikkan perkongsian yang saya kongsikan ini untuk anak-anak anda @ anak murid disekolah anda.

Jika anda nak belajar banyak lagi bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi seorang pemimpin, saya galakkan anda membaca buku The Leader in Me karangan Stephen R.Covey. Anda boleh baca lebih lanjut tentang buku ini melalui LINK INI.

Nantikan perkongsian saya selepas ini. Share maklumat ini jika anda rasakan ia berguna kepada anda dan orang lain.

Sekian, tq

Share Post Ini: