Pelajari Apakah Yang Menjadi Penghalang Kejayaan Perniagaan Anda

Didalam video terdahulu, saya dah jelaskan secara terpeinci tentang kepentingan formula Sell-Team-Teach untuk membantu syarikat anda mencapai kejayaan yang diimpikan.

Tapi formula ini masih ada satu kekurangan yang sangat serius. Jika anda tidak mengendahkan kekurangan ini, keinginan anda untuk capai kejayaan yang anda idam-idamkan akan jadi indah kabar dari rupa!

Seperti yang saya sebut didalam video sebelum ini, Pemasaran = Pendapatan. Skill yang perlu diterapkan kepada staff anda seperti ajar mereka untuk menjual. Bina sistem bisnes.

Kesemua ilmu mengenai strategi bisnes memanglah sangat penting. Tapi ada satu bahagian penting ini jika hilang, ia akan memusnahkan perniagaan yang anda sedang bina ni.

pengurusan-little-voice

Ketahui Apa itu Little Voice

Mengikut kajian, kita hanya menggunakan 10% dari kapasiti otak kita setiap masa. Kapasiti 10% itu anda gunakan secara aktif setiap hari untuk bergerak, makan, minum, memasak, mandi, bersenam, bekerja dan lain-lain lagi. Jadi apa yang berlaku pada 90% lagi bahagian otak kita tu?

Bahagian 90% yang tidak digunakan secara aktif ini dipanggil sebagai minda separa sedar / subconcius mind. Mungkin anda belum pernah dengar istilah minda separa sedar ni. Betul tak? Mungkin ada juga sebahagian dari anda dah pernah tahu tentang istilah ini.

Minda separa sedar sebenarnya adalah pusat simpanan memori dan pengalaman yang anda hadapi sepanjang kehidupan anda.

Memori-memori yang negetif seperti duit hangus sekelip mata akibat pelaburan yang salah, kecewa ditinggalkan orang tersayang dan sebagainya. Disamping menyimpan memori negetif, ia juga tempat menyimpan memori positif seperti memori kahwin, berjaya didalam pelajaran, naik pangkat dan sebagainya.

Tapi biasanya, kita akan gunakan minda separa sedar ini apabila berlaku sesuatu yang buruk kepada kita. Jika pasangan kita marahi kita, kita akan teringat peristiwa-peristiwa lain yang menyakitkan hati dan ini menyebabkan kita marahkan pasangan kita itu berminggu-minggu lamanya.

Sebagai contoh; ada senario dimana anda nak maju selangkah didalam perniagaan. Atau kita nak buat satu perubahan drastik dengan mengaplikasikan formula Sell-Team-Teach didalam syarikat yang tidak tahu lagi keberkesanannya untuk syarikat anda.

Kemudian anda akan sedar bahawa ada satu suara didalam minda kita yang ingin menghalang niat kita tu. Kata-kata seperti ; “tak payahlah nak buat bisnes lagi besar, sekarang ni bisnes ni dah berjaya apa. Kecil-kecilan pun takpe”.

“Kalau aku buat perubahan ni pun bukannya tahu berjaya ke tak. Nanti kalau gagal macam mana? Habis masa dan tenaga aku je”.

Suara-suara didalam minda ini dinamakan sebagai Suara Kecil / Little Voice.

Suara ini sebenarnya adalah dari Minda Separa Sedar kita yang ingin menghalang diri kita untuk keluar dari “Confort Zone” kita. Seba itulah apabila kita nak lakukan sesuatu aktiviti yang luarbiasa didalam hidup kita, otak kita sememangnya akan menggila untuk menghentikan perbuatan kita tu. Betul-betul?

Sebagai contoh, jika anda pertama kali nak buat parachute jumping melalui sebuah kapal terbang. Disaat anda didepan pintu kapal terbang itu, dada anda berdebar dengan kencangnya. Otak anda seperti meraung supaya anda tidak lakukan terjunan itu. Tetapi ia bergantung kepada kekuatan minda anda sendiri untuk tidak mengendahkan suara itu dan seterusnya melakukan terjunan itu.

Kalau sebagai contoh anda masih skeptikal. Dan anda sedang fikir “Suara kecil? Aku mana ada suara kecil. Mengarutlah”. Haa.. ni saya nak kata, itulah suara kecil yang sedang berbicara didalam minda anda. Suara kecil itulah yang sedang menafikan fakta yang sedang saya berikan kepada anda ini. Fahan-faham?

Suara kecil ini akan timbul apabila emosi anda berapa pada paras yang tinggi. Apabila emosi tinggi, kecerdikan IQ menjadi rendah. Manakala apabila emosi rendah, kecerdikan IQ menjadi tinggi. Masa emosi anda tinggi, suara kecil akan menguasai minda anda.

Cuba anda mengingat kembali kisah lampau. Anda mungkin pernah gagal didalam perniagaan. Apa berlaku apabila anda gagal didalam menjual produk/perkhidmatan anda? Anda akan sedar akan ada satu suara akan kata “Kau tak cukup bagus” “tak payah buat la bisnes ni, tak untung”. Pernah tak?

Jadi kalau anda dah ada Tool yang hebat untuk membina bisnes anda seperti formula Sell-Team-Teach yang saya ajarkan sebelum ini. Tapi Toolbox (iaitu minda) anda dan pasukan anda masih lagi tak mantap, bisnes anda mungkin takkan dapat mencapai tahap tertinggi.

Jadi pastikan anda dapat upgrade Toolbox (minda) anda dan pasukan anda supaya mereka bersedia fizikal dan mental bagi mencapai visi dan misi syarikat anda.

Hubungi saya sekarang di 013 9311396 untuk melatih pasukan anda menguasai minda mereka bagi menjamin kejayaan bisnes anda.

Jangan lupa untuk Subscribe Youtube channel video dibawah ini untuk mendapat pelbagai lagi info2 hebat untuk membantu perniagaan anda berjaya.

Soalan untuk anda* Jika anda dapat Face to Face dengan saya selama sejam, apakah soalan nombor 1 yang anda nak tanya saya? Berikan komen dibawah video ini!

Share Post Ini: