Adakah anda sedang tertanya-tanya bilakah waktunya Unifi Kelantan akan kunjung tiba?

Sememangnya ketibaan Telekom Malaysia Unifi di Kelantan sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri ini.  Namun kebanyakkan orang Kelantan tidak tahu bilakah agaknya Unifi ini akan tiba dinegeri ini.

Namun sumber dari orang Telekom sendiri mengesahkan bahawa Unifi Kelantan akan tiba pada tahun 2013. Namun, mereka juga tidak tahu pada bulan berapakah Unifi Kelantan akan tiba.

Kenapa Perlu Unifi Kelantan ni?

Jika anda tidak pernah menggunakan perkhidmatan Unifi, anda sememangnya tidak akan tahu kehebatannya. Saya pernah menggunakan perkhidmatan Unifi sewaktu berkinjung kerumah abang saya di Shah Alam.

Saya sememangnya terpegun dengan kelajuan Internet tanpa buffer yang dimiliki oleh Unifi. Jika dibandingkan dengan Streamyx, Maxis Broadband, Celcom Broadband @ P1, sememannya Unifi tiada tolak bandingnya.

Sebagai seorang usahawan Internet, saya sememangnya tertunggu-tunggu dengan kemunculan Unifi Kelantan ni. Dengan memiliki perkhidmatan TM Unifi ini, kerja saya akan lebih cepat dan mudah.

Sekarang ini TM sememangnya sedang mengusahakan untuk meluaskan perkhidmatan Unifi ini diseluruh Malaysia. Namun apabila Unifi Kelantan tiba, kemungkinan masyarakat Kota Bharu sahaja yang akan dapat menikmati kemudahan ini buat sementara waktu. Kemudian secara perlahan-lahan, Unifi Kelantan ini akan tersebar di daerah-daerah lain pula (sama macam Streamyx masa mula-mula sampai Kelantan dulu)…

Jika kita lihat artikel dari Harian Metro ini, kita tahu Unifi Kelantan akan tiba tak lama sahaja lagi:

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) menyasarkan 1.1 juta premis akan menggunakan UniFi iaitu perkhidmatan capaian data Internet berasaskan talian optik gentian menjelang akhir tahun ini.

Naib Presiden Eksekutif Pengguna TM, Imri Mokhtar berkata, sehingga ini, sejuta premis sudah menggunakan perkhidmatan berkenaan dan yakin sasaran itu dapat dicapai walaupun hanya tinggal sebulan setengah saja lagi untuk ke penghujung tahun.

“Kami bersedia memenuhi komitmen sebegitu terutama dalam perjanjian usahasama awam-swasta (PPP) dengan kerajaan untuk memasang 1.1 juta premis dengan kemudahan itu tahun ini,” katanya selepas melancarkan Program Mata Ganjaran TM Rewards dalam siri jelajah TM Presents Everyone Connect with MyFM 2011, di Seri Kembangan, Selangor, kelmarin.

Hadir sama, Pengurus Besar Pengurusan Perhubungan Pelanggan TM, Muslimah Simo. – Harian Metro

Saya juga akan berkongsi dengan anda dari masa kesemasa bilakah Unifi ini akan tiba di Kelantan. Saya juga akan membuat perkhidmatan memasang Unifi kepada masyarakat Kota Bharu apabila Unifi Kelantan ini tiba.

Oleh itu, Stay Tuned untuk updated info dari saya… Unifi Kelantan akan tiba tak lama lagi

Share Post Ini: