url

Adakah anda merancang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda tahu ciri-ciri seorang usahawan mesti mempunyai untuk berjaya? Adakah profil anda sepadan dengan seorang usahawan yang berjaya? Dalam artikel ini kita akan meneroka dan membincangkan ciri-ciri penting yang setiap usahawan yang mesti dimiliki.

Terdapat beberapa ciri-ciri penting yang biasa di miliki oleh setiap usahawan yang berjaya. Sebelum mulakan perniagaan anda, tips ini akan membantu anda membuat check and balace samada anda memiliki ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi usahawan yang berjaya. Jika takde ciri-ciri ni, jangan kecewa. Anda hanya perlu bina ciri-ciri ini didalam diri anda.

7 Ciri-Ciri Usahawan Hebat

1. Usahawan yang berjaya yakin pada kemampuan diri – untuk berjaya dalam dunia perniagaan yang kompetitif, keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri sangat diperlukan. Keyakinan diri bermakna anda mempercayai pada keupayaan dan kebolehan diri anda. Didalam dunia keusahawanan, kegagalan dan kekecewaan bukannya sesuatu yang asing. Untuk terus cekap meneruskan perjuangan didalam dunia yang kejam ini, seorang usahawan mesti berupaya untuk bangkit dan memotivasikan diri sendiri. Seorang usahawan perlu mempunyai keberanian untuk menghadapi apa-apa kesukaran dan dapat menangani sebarang masalah yang mungkin dihadapi dalam dunia perniagaan.

2. Usahawan yang berjaya adalah yang berani ambil Risiko – sebagai seorang usahawan, anda mesti mempunyai keupayaan untuk mengikut gerak hati anda. Idea-idea perniagaan yang hebat kadang-kadang bermula dari gerak hati yang dihasilkan dari keberanian untuk mengambil langkah pertama. Risiko kerugian didalam perniagaan sentiasa ada. Namun sebagai usahawan anda perlu yakin bahawa risiko yang dikira (calculated risk), perlu diambil untuk mencapai matlamat. Walau bagaimanapun, calculated risk yang diambil oleh seorang usahawan, tidak hanya bergantung kepada nasib semata-mata. Tetapi, ia perlu disusuli dengan usaha dan kerja keras.

3. Usahawan yang berjaya tahu kepada nilai wang dan berhati-hati menguruskan kewangan mereka – untuk berjaya dalam perniagaan, seorang usahawan perlu pandai menilai duit dan kos setiap urusan perniagaan mereka. Usahawan yang berjaya biasanya belajar bagaimana untuk menguruskan wang dengan baik sejak usia mereka masih muda lagi. Kebanyakan dari mereka bermula dengan melakukan kerja sampingan seperti mengambil upah memotong rumput, menjual barangan runcit, menghantar surat kabar ke rumah jiran-jiran dan lain-lain lagi aktiviti perniagaan diusia remaja mereka.

4. Usahawan yang berjaya juga memiliki minda usahawan – ramai usahawan berbakat mempunyai gerak hati perniagaan yang bagus: mereka tahu apa produk atau perkhidmatan yang akan jadi trend pada masa akan datang. Tapi, ini bukannya bermaksud mereka memiliki deria keenam (six sense). Tetapi sebaliknya, mereka memiliki penilaian dan kefahaman yang tinggi tentang permintaan pasaran masakini. Seorang usahawan yang bijak sentiasa dapat hasilkan banyak idea-idea dan cara-cara baru untuk menghasilkan lebih banyak duit.

5. Usahawan yang berjaya mampu untuk berdaya saing – dunia perniagaan adalah persekitaran yang sangat kompetitif. Seseorang usahawan perlu cukup agresif untuk menjayakan matlamat mereka walaupun mempunyai ramai saingan aka pesaing. Seseorang usahawan perlu tahu bagaimana untuk berada di hadapan pesaing, sama ada dengan memperkenalkan idea-idea baru dan meneroka usaha baru. Mereka mempunyai semangat yang jitu untuk mengembangkan perniagaannya.

6. Usahawan yang berjaya mempunyai etika kerja yang baik – walaupun ramai yang kata bahawa dunia perniagaan adalah kejam, tetapi usahawan yang berjaya akan berusaha untuk menjadikan setiap urusan perniagaan mereka menerapkan nilai akhlak yang tinggi. Tanda bagaimana untuk kenalpasti seorang usahawan yang berjaya mempunyai etika kerja yang baik adalah mereka mempunyai amalan perniagaan yang baik, reputasi yang juga sangat baik serta pergaulan dengan rakan-rakan industri dan rakan niaga sangat baik.

7. Usahawan yang berjaya tahu kepentingan meluangkan masa lapang – kerja keras dan kesungguhan adalah sikap yang sangat penting dalam diri setiap usahawan yang berjaya. Namun, usahawan yang lebih berjaya tahu untuk meluangkan masa berharga mereka dengan perkara yang lebih penting iaitu masa bersama keluarga. Disamping itu, meluangkan masa bersama keluarga dapat merehatkan badan dan minda dari penat menguruskan perniagaan sepanjang minggu. Oleh itu, ambillah peluang untuk bercuti dengan keluarga sekerap yang mungkin.

Bagaimana jika anda dapat melancong bersama keluarga setiap bulan dan pada masa yang sama menjana keuntungan yang lumayan darinya?

Terdapat satu peluang hebat untuk membantu anda memanjakan diri dengan bercuti pakej-pakej percutian 4-5 bintang dengan harga hanya 3-4 bintang sahaja. Malah jika anda anda membina perniagaan pelancongan ini dengan bersungguh-sungguh, anda boleh menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dan pada masa yang sama dapat bercuti secara PERCUMA!

Adakah saya baca dengan betul? PERCUMA? Bagaimana tu? Dapatkan Seminar Kerjaya Dari Rumah!. melalui seminar online ini, anda akan didedahkan banyak lagi strategi perniagaan yang gempak melalui teori MISTIK. Malah, anda boleh ketahui bagaimana untuk memulakan perniagaan pelancongan anda sendiri secara sampingan @ sepenuh masa. Berminat? Layari link dibawah

Seminar Kerjaya Dari Rumah – Klik Disini

Tamatlah sudah ciri-ciri yang paling penting yang perlu  dimiliki oleh setiap usahawan yang berjaya. Sudah tentu, banyak lagi ciri-ciri setiap usahawan berjaya yang tidak disebut disini. Mempunyai ciri-ciri ini bukan satu jaminan bahawa utnuk berjaya didalam perniagaan. Tetapi setiap usahawan yang berjaya memiliki ciri-ciri ini untuk mencapai kejayaan mereka.

Jadi, adakah anda mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi usahawan yang berjaya? Baca kembali ciri-ciri usahawan diatas dan nilaikan samada ciri-ciri ini dimiliki oleh anda @ tidak đŸ™‚

Share Post Ini: