Dapatkan Pakej Terbaik Unifi di Kelantan Disini

Mungkin anda sedang tertunggu-tunggu bilakah Unifi di Kelantan akan tiba. Seperti didalam post saya terdahulu, Unifi di Kelantan akan tiba pada tahun 2013. Tapi sebelum itu anda boleh membuat penilaian tentang bagaimakah untuk mendaftar akaun Unifi di Kelantan anda dan pakej apakah yang terbaik untuk anda.

Apakah UniFi?

UniFi adalah perkhidmatan Internet Yang Sangat Pantas melalui jalur lebar fiber optik. Ia juga menawarkan perkhidmatan HyppTV (IPTV) dan Voice untuk kegunaan peribadi @ rumah. Namun untuk kegunaan perniagaan, ia tidak menawarkan perkhidmatan HyppTV.

Pakej apakah yang ditawarkan oleh Unifi di Kelantan ini?

UniFi menawarkan 3 pakej untuk peribadi dan 3 pakej untuk perniagaan.

a) Peribadi/Rumah:
• VIP 5 – RM 149 / sebulan
• VIP 10 – RM 199 / sebulan
• VIP 20 – RM 249 / sebulan

Setiap pakej datang beserta panggilan, Internet dan langganan HyppTV.

b) Perniagaan:
• BIZ 5 – RM 199 / sebulan
• BIZ 10 – RM 599 / sebulan
• BIZ 20 – RM 899 / sebulan

Apakah perbezaan antara HyppTV dan satellite TV?

HyppTV berbeza dari satellite TV kerana ia dipancarkan melalui jaringan broadband anda. Ini akan memberi kelebihan terutamanya ketika cuaca buruk, siaran HyppTV tidak terganggu.

HyppTV juga menawarkan harga berbeza untuk setiap channel samada movie @ drama yang mereka ingin tonton. Oleh itu anda tidak perlu membayar kesemua pakej untuk mendapatkan channel pilihan anda.

Bagaimana Unifi di Kelantan memberikan manafaat kepada saya?

Unifi sememangnya memberikan pengalaman melayari Internet yang sangat berbeza dengan kelajuan yang luar biasa, lebih hiburan, pakej panggilan yang mampu dimiliki, dan servis yang stabil. Pelanggan Unifi di Kelantan juga boleh menggunakan akaun TM yang sama untuk mendaftarkan akaun Unifi tanpa bayaran tambahan.

Berapakah bayaran @ maklumat untuk kos pemasangan, sewa peralatan, masa kontrak langganan dsb?

Pemasangan UniFi di Kelantan adalah RM 200 tiada deposit diperlukan. Disamping itu, peralatan yang berharga RM800 akan diberikan percuma kepada pelanggan. Pelanggan perlu membayar langganan bulanan untuk pakej Unifi beserta bil telefon dan perkhidmatan lain secara berasingan. Masa kontrak langganan pula adalah selama 24 bulan.

Berapakah jumlah muat turun / download setiap bulan?

a. Pakej VIP5 sebanyak 60GB data sebulan.
b. Pakej VIP10 sebanyak 90GB data sebulan.
c. Pakej VIP20 sebanyak 120GB data sebulan.

Manakala untuk pakej perniagaan tiada had untuk muat turun data.

Saya rasa setakat ini sahaja maklumat yang dapat saya sharekan kepada anda mengenai Unifi di Kelantan ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pakej Unifi di Kelantan sila hubungi saya segera!

Share Post Ini: