blueprint

Anda Boleh Programkan Minda Anda Apabila Anda Kenalpasti Mney Blueprint Diri Anda

Adakah anda mempunyai masalah ni?

  • Buat bisnes, asyik gagal
  • Bisnes tak berkembang
  • Duit sering tak cukup

Jika ya! Anda perlu tonton video dibawah ni.

Semua orang nak jadi jutawan, kan? Namun sedar @ tidak, cara berfikir jutawan takkan sama dengan orang biasa.

Alhamdulillah, saya telah diperkenalkan oleh guru-guru saya tentang teknik bagaimana untuk install minda Jutawan kedalam diri saya.

Kalau anda nak jadi jutawan, anda juga perlu tahu bagaimana nak install blueprint minda jutawan kedalam diri anda. Sedia?

Dalam kesemua seminar yang saya anjurkan, terdapat 1 formula utama yang sering saya gunakan. Ia adalah:

Minda -> Perasaan -> Tindakan -> Hasil

Formula ini adalah tunjang kepada kesemua proses menjadi usahawan terbilang.

Minda adalah peringkat pertama formula ini. Jadi, kalau anda nak jadi usahawan hebat, perkara pertama yang perlu anda perbaiki adalah minda anda.

Semasa saya menghadiri seminar-seminar dari guru-guru saya, saya perhatikan ada satu peristiwa yang pelik! Ramai peserta-peserta seminar, diberikan ilmu yang sama tapi mendapat hasil yang berbeza..

Kalau kami belajar teknik dan strategi yang sama, kenapa hasil setiap orang berbeza? Pelik kan?

Ada orang yang sepantas kilat dapat hasilnya. Ada yang ambil sebulan, ada yang setahun ada pula yang berpuluh-puluh tahun, ada juga yang tak dapat hasil apa-apa.

Selepas itu saya sedari bahawa “Jika anda mempunyai tool (stategi) yang thorbaik tapi toolbox (minda) anda bocor, anda akan mempunyai masalah dalam setiap perniagaan pun yang anda buat”.

Kenapa anda perlu memperbaiki minda / toolbox anda?

Setiap orang dari kita mempunyai tahap minda yang berbeza. Tahap minda ini berbeza berdasarkan kepada ilmu, pengalaman dan keinginan seseorang.

Sebab itulah, orang yang baru berniaga amat susah untuk memperoleh kejayaan. Ini kerana ilmu, pengalaman dan keinginan mereka baru sahaja di pupuk dan bertambah.

Tapi bagi orang yang pernah menjadi Jutawan, amat mudah untuk mereka dapatkan kembali kekayaan mereka setelah mereka jatuh bangkrap kerana ilmu, pengalaman dan keinginan mereka telah pun tinggi!

Cuba kita imbas kembali sirah sahabat Rasulullah S.A.W iaitu Abdul Rahman Bin Auf. Semasa zaman Hijrah dari Mekah ke Madinah, beliau tinggalkan semua harta-hartanya di Kota Mekah.

Apabila sampai di Kota Madinah, beliau tinggal sebatang kara. Tapi oleh kerana beliau memiliki tahap minda keusahawanan yang tinggi. Beliau bangkit dalam masa beberapa tahun juga.

Dalam dunia moden ni, kita boleh tengok bagaimana Tony Robbins, Steve Jobs, Donald Trump dan ramai lagi bangkit dari kejatuhan dalam masa singkat saja.

Jadi, kita kena tingkatkan tahap minda kita secepat yang mungkin supaya kita juga dapat mencapai kejayaan dalam masa yang singkat juga. Betul-betul?

Bagaimana cara untuk perbaiki minda ni?

Ok, untuk perbaiki minda anda, anda kena faham konsep yang dinamakan “Money Blueprint” @ Cetakan Masa Lampau. Money apa?

Apa itu money blueprint?

Blueprint adalah memori yang anda simpan didalam otak secara sengaja @ tidak sengaja melalui pengalaman hidup kita.

Money blueprint adalah memori yang anda simpan mengenai kekayaan, kejayaan dan perniagaan.

Memori ini tersimpan dalam bentuk video, audio dan juga perbuatan didalam minda anda. Ini bermakna memori yang anda lihat, dengar dan buat pada masa lampau sehingga sekarang adalah money blurprint anda.

Ok, minda kita ada 2 peringkat. Peringkat pertama adalah minda sedar dan kedua adalah minda separa sedar.

Kita gunakan minda sedar untuk berfikir ketika kegiatan kita hari-hari seperti nak makan apa hari ni, nak pergi kuliah pukul berapa, nak jalan kaki @ naik motor dsb.

Blueprint pula tersimpan didalam minda separa sedar. Minda separa sedarlah sebenarnya berkuasa penuh keatas diri kita. Minda separa sedarlah yang mengawal pergerakan kita setiap hari. Oleh itu, jangan ingat anda mengawal kehidupan anda 100%!!

Sebagai contoh; kalau anda sedang memandu kereta  dan anda tengah bercakap dengan kawan anda. Minda sedar anda sedang beroperasi untuk memproses perbualan anda dengan kawan anda. Tapi, siapa yang membantu anda mengawal kereta tu? Minda separa sedarkan? Logik tak?

Bagaimana ia tahu nak pergi kemana? Ia akan ikut program yang telah dirakamkan didalam minda anda. Tanpa kita sedar, kita dah pun sampai ke destinasi kita. Betul-betul?

Pernah tak berlaku kat anda, anda nak pergi ke satu tempat yang jarang anda pergi. Kemudian anda sibuk berfikir masalah @ bercakap. Tanpa anda sedar anda tersilap masuk ke jalan yang anda biasa gunakan. Pelik kan?

Itulah blueprint yang telah diprogramkan didalam minda separa sedar anda. Oleh itu, kalau anda boleh programkan kembali minda separa sedar anda, anda boleh jadi apa saja yang anda nak. Bagus-bagus?

Bagaimana money blueprint mempengaruhi hidup anda? Bagaimana ia membantu anda membuat keputusan mengenai perjalanan hidup anda?

Memori money blueprint boleh datang dari orang disekeliling anda semasa anda membesar sehingga sekarang termasuklah ibubapa, adik-beradik, saudara-mara, kawan, tv, guru, idola, ustaz/ustazah dsb.

Pernah dengar ungkapan ini?

  • Duit susah nak dapat.
  • Kau ingat aku ni bank ke?
  • Kita miskin tapi kita bahagia. (adakah bahagia kalau miskin? Kalau ada orang bahagia kalau miskin, Alhamdulillah tapi kalau kita rujuk fakta “Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali, berkata kebanyakan pasangan muda yang berusia 30 tahun ke bawah bercerai kerana kurang persediaan dalam memikul tanggungjawab berumah tangga terutama membabitkan soal kewangan.”
  • Tidak semua orang kaya ni bahagia.
  • Duit bukanlah segalanya.
  • Orang kaya ni tamak.
  • Orang kaya ni sombong
  • (Dan yang paling famous) Kita tak mampu.

Perkataan-perkataan ini diprogramkan kedalam minda kita tanpa sedar sejak kita kecil lagi.

Jadi, money blueprint inilah yang mempengaruhi keputusan anda apabila nak berniaga. Ia mempengaruhi keputusan anda apabila anda perlu membuat keputusan berkaitan dengan duit.

Jika masa kecil, anda di programkan dengan ayat-ayat yang positif. Anda akan miliki blueprint yang negetif. Tapi jika anda diprogramkan dengan ayat-ayat yang saya terangkan sebelum ini, sebab itulah anda susah untuk memperoleh kejayaan. Faham-faham?

Saya sebagai contoh datang dari keluarga yang berniaga. Tapi ibu saya tidak suka ayah saya berniaga. Ini kerana ayah saya mula berniaga apabila ekonomi jatuh teruk pada tahun 80an dahulu dan permulaan hidup mak saya dengan ayah saya sangatlah susah.

Mak saya jadi fobia dengan berniaga kerana terpaksa mengharungi kehidupan yang susah selama berpuluh tahun. Mengikut blueprint mak saya, berniaga ni susah. Berniaga lambat nak kaya. Orang berniaga ni nampak je kaya tapi duit sering takde.

Tapi, apabila saya mula membesar, saya sangat minat untuk berniaga macam ayah saya. Ayah saya juga memberi galakkan pada saya dengan berkongsi buku-buku yang dibelinya.

Ibu saya pula tak suka pada cita-cita saya yang nak berniaga. Dia lebih suka saya bekerja makan gaji. Dia sering kata kat saya tentang kesusahan dan kekurangan duit apabila berniaga. Malah pernah satu kali ayah dan ibu saya bergaduh kerana tak suka saya diajar tentang perniagaan.

Awak fikir money blueprint saya, positif @ negetif? Tentulah negetif kan?

Selama bertahun-tahun lamanya saya simpan blueprint yang negetif didalam minda saya.

Masa saya kenal pasti blueprint negetif saya, saya telah pelajari dengan tekun bagaimana untuk atasi Money Blueprint saya ini.

Kini saya boleh membuang blueprint negetif yang ada didalam diri saya dan install blueprint positif yang diperlukan untuk mempercepatkan proses kejayaan saya.

Berminat untuk kenal pasti blueprint negetif yang ada didalam diri anda? Nak pelajari bagaimana nak install blueprint positif didalam diri anda juga?

Hubungi saya sekarang di 013 9311936 untuk bantu anda kuasai minda anda dan rakan-rakan didalam organisasi anda supaya anda boleh mencapai kejayaan yang diiginkan bersama-sama.

Kami di Raudhah Training & Consultancy miliki sijil Certified Trainer dari HRDF. Oleh itu, kami boleh menjalankan seminar ini didalam orrganisasi anda.

Satu soalan untuk anda; apakah ketakutan anda paling besar tentang money blueprint yang ada dalam diri anda yang menghalang kepada kejayaan anda?

Jawab pada bahagian komen dibawah!

Share Post Ini: