Formula Sell-Team-Teach – Perlu Dikuasai Oleh Setiap Organisasi Perniagaan

Mungkin anda rasa tak setuju dengan kenyataan ni. Kejayaan #1 didalam perniagaan adalah melalui Sales/Pemasaran. Tetapi ia adalah fakta yang disimpulkan dari kajian ratusan tahun lamanya mengenai kejayaan sesebuah perniagaan.

Mengikut pakar-pakar motivasi perniagaan yang berpengaruh seperti Tony Robbins, T. Harv Eker, Brain Tracy, Zig Ziglar dan ramai lagi, syarikat yang nak berjaya perlu menumpukan 90% dari masa, tenaga dan kewangan mereka untuk aktiviti Pemasaran. Barulah bisnes boleh berjaya..

Bisnes akan bermasalah apabila:

  • Tak tahu bagaimana nak buat Jualan
  • Tidak suka membuat Jualan
  • Tak fikir bahawa Jualan itu penting

Oleh itu, jualan adalah skill yang paling penting untuk anda tahu, perlu dikuasai dan diutamakan didalam organisasi syarikat anda.

formula-sell-team-teach

Kuasai Teori Sell-Team-Teach

Melalui video dibawah, anda akan diperkenalkan secara teliti dengan teori Sell-Team-Teach ini seperti didalam gambar diatas. Terdapat beberapa bahagian yang ada didalam teori Sell-Team-Teach ini antaranya ialah:

BUSINESS – Jika anda nak bisnes anda berjaya, inilah formula yang perlu anda hadam dan serapkan kedalam organisasi anda.

SELL – Seperti yang saya sebut sebelum ini, kejayaan bisnes anda terletak kepada kejayaan Jualan syarikat. Jika anda jadikan jualan sebagai fokus utama aktiviti syarikat anda, kejayaan akan datang kepada anda.

TEAM – Anda perlu pastikan pasukan Jualan anda berada ditahap yang terbaik jika anda nak bisnes anda berjaya. Pasukan anda tak semestinya dari pekerja anda saja, mereka mestilah termasuk pelanggan, pembekal, penasihat dll.

Kebanyakkan orang; bina bisnes berjaya dulu baru bina pasukan. Tetapi konsep sebenarnya adalah terbalik. Anda perlu bina pasukan dahulu kemudian barulah bisnes anda boleh berjaya! Faham?

TEACH – Pastikan setiap individu yang berada didalam syarikat anda terutamanya pasukan Jualan anda mempunyai ilmu yang secukupnya mengenai produk  dan perniagaan anda. Sentiasa tingkatkan ilmu mereka kerana merekalah aset syarikat anda.

SYSTEM – Pastikan anda membina sistem yang sistematik dan dokumenkan kesemua sistem tu. Cuba tengok McD, KFC, Hotel 5 bintang, syarikat2 besar. Apakah persamaan mereka? Persamaan mereka adalah mereka ada sistem yang berjaya. Sistem apa? Nak jadi berjaya seperti mereka, tiru sistem mereka.

Bina sistem pemasaran, sistem latihan, sistem perakaunan dll.  Automasikan bisnes anda melalui sistem-sistem ini supaya anda boleh tumpukan pd bagaimana nak kembangkan bisnes anda. Kalau anda cuti sekalipun, bisnes anda dapat bergerak dgn lancar.

ACCOUNTABILITY –  Kejujuran dan disiplin bagi mencapai matlamat pasukan juga satu ramuan penting untuk memastikan bisnes anda berjaya.

Semasa saya menjadi ejen Takaful pada satu masa dahulu, General Manager kami sering mengarahkan kami meletakkan jumlah target harian didalam mesyuarat mingguan kami.

Apa bila pasukan anda dapat memahami dan menggerakkan usaha mereka untuk menepati visi dan misi jualan syarikat, bisnes anda akan berada di landasan terbaik untuk berjaya.

CODE OF HONOR – Perkara yang mengutuhkan kejayaan syarikat dan pasukan adalah Code of Honor. Sama juga seperti agama, pasukan sukan, kekeluargaan dan juga ketamadunan.

Code of Honor bukan sahaja peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli pasukan didalam syarikat anda. Ia adalah satu hubungan yang sangat dalam untuk memastikan setiap ahli fokus demi mencapai matlamat yang dipersetujui bersama.

Pasukan mempunyai satu visi, satu matlamat dan dorongan yang kuat bagi memastikan kejayaan dicapai bersama dan bukannya individu.

Peraturan seperti jangan tinggalkan ahli pasukan yang tercicir, saling mengormati sesama ahli kumpulan, tidak mencari salah ahli kumpulan lain apabila masalah timbul dsb.

Anda inginkan sebuah pasukan Jualan/Pemasaran yang hebat didalam syarikat anda melalui formula Sell-Team-Teach ini? Hubungi saya sekarang di 013 9311396 untuk melatih pasukan syarikat anda menjadi syarikat yang berjaya.

Jangan lupa untuk Subscribe Youtube channel ini untuk mendapat pelbagai lagi info2 hebat untuk membantu perniagaan anda berjaya.

Soalan untuk anda* Apakah cabaran paling besar yang dihadapi yang dihadapi oleh strategi pemasaran/jualan anda yang memerlukan konsultasi saya? Berikan komen dibawah video ini!

Share Post Ini: