Jurulatih Seminar

Kenapa Saya Memilih Kerjaya Jurulatih Sebagai Kerjaya?

“Mengikut kajian, ketakutan tertinggi manusia selain dari kematian adalah bercakap diatas pentas! Pelik tapi benar kan!”

Tidak semua orang mampu dan ingin menjadi seorang jurulatih @ trainer. Walaupun nampak macam mudah, tetapi tugas menjadi seorang trainer memerlukan persediaan yang rapi.

Semasa di universiti dahulu, saya memang suka membuat presentation dihadapan rakan-rakan dan pensyarah. Walaupun saya ni jenis pemalu dan kurang pandai bersosial, tapi saya suka untuk mencuba aktiviti yang sangat mendebarkan ni. Mungkin ini berpunca dari sikap yang ditanam oleh ibu saya dari kecil tentang keberanian untuk bercakap dihadapan orang.

Memang setiap kali saya perlu bercakap dihadapan orang, tuhan saja tahu betapa berdebarnya dada saya ni. Sekarang ni pun setiap kali seminar, dada masih lagi berdebar. Tapi saya masih ingat kata-kata salah seorang mentor saya iaitu, Brian Tracy yang sering menegaskan “Untuk Berjaya, Kita Mesti Berani Untuk Melakukan Apa Yang Kita Takutkan”

Brian Tracy

Ini adalah kata-kata yang menjadi pegangan saya sehingga hari ini.

Kenapa bidang jurulatih ni berpotensi besar?

Bidang training / jurulatih ini sememangnya telah terbukti dapat menjana pendapatan lumayan kepada setiap speaker itu. Tak perlu tengok jauh-jauh. Tengoklah Dr Azizan Osman. Didalam setiap seminar berbayar yang beliau adakan, beliau dapat menjana jutaan ringgit. Dalam setahun ade la 6-7 kali seminar beliau. Boleh agak la berapa pendapatan beliau kan? Beliau sememanya adalah contoh speaker yang terbukti berjaya dengan hanya bercakap je. Beliau sering katakan didalam seminarnya bahawa beliau ni adalah “Jutawan Air Liur…  😎 Saya sememanya percaya kata-kata beliau ni 💡 

Namun untuk menjadi seorang jurulatih @ trainer, ilmu didada kena penuh dengan skil-skil untuk menarik perhatian penonton dari mula presentation tu sehinggalah tamat. Ahlamdulillah, saya setakat ni saya telah memperoleh tunjuk ajar dari mentor-mentor yang hebat seperti T.Harv Eker, Dr Azizan Osman, Brian Tracy, Tony Robbins dan ramai lagi.

Make 'Em Laugh & Take Their Money

Ketika ini, saya sedang membaca buku dari Dan Kennedy yang bertajuk “Make ‘Em Laugh & Take Their Money”. Salah satu skil untuk menjadi seorang jurulatih yang hebat adalah dengan memasukkan lawak jenaka yang diselitkan disetiap presentation. Bukan semua orang mempunyai skil lawak semulajadi.

Sebagai seorang yang kurang pandai bersosial dan pemalu, memang susah untuk saya menjadi seorang yang lawak sekelip mata. Namun, skil ini adalah “Learnable Skill”. Insyaallah, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.

Saya sangat mengesyorkan agar sesiapa yang berada didalam industri latihan agar mereka memiliki buku ini. It’s will give you some advantage then anyone else. Insyaallah… Tapi saya masih membaca buku ini pada bahagian pertama jer baru. Mungkin apabila saya dah tamat baca buku ni, saya akan adakah sedikit review didalam blog ini. Insyaallah..

Saya rasa setakat ini entri saya kali ini. Insyaallah saya akan cuba memasukkan entri-enti yang berkualiti lagi selepas ini Insyaallah..

Jumpa lagi

Nik Mohd Zufadhli

0111 5099 050

P:S Jom jadi jurulatih dengan cara anda sendiri!

Share Post Ini: