Perhatian* Yayasan, Syarikat Korporat dan Individu Persendirian. Pencarian Penyumbang Bagi Membiayai Projek Sayalah Khalifah di Sekolah Anak Yatim

Anak yatim merupakan satu golongan yang sangat istimewa dan diangkat didalam agama kita. Nabi kita Muhammad S.A.W juga dilahirkan sebagai seorang yang yatim piatu sehingga baginda dibesarkan oleh datuk baginda iaitu Abdul Mutallib.

Anak yatim juga sangat dicintai oleh Nabi S.A.W sehinggakan menyantuni dan memuliakan anak yatim merupakan satu ibadah yang sangat mulia disisi Islam selari dengan hadis nabi S.A.W iaitu:

“Aku dan pemeliharaan anak yatim, akan berada di syurga kelak”, sambil mengisyaratkan dan mensejajarkan kedua jari tengah dan telunjuknya, demikianlah sabda baginda S.A.W¬†(Hadis Riwayat Bukhari).

Anak-anak yatim ini perlu di bantu oleh masyarakat kerana mereka tidak mempunyai ibubapa yang dapat membantu dan membimbing mereka untuk menjadi insan-insan yang berguna kepada masyarakat apabila mereka besar kelak.

Jadi selain dari rakan-rakan serumah anak yatim ini, hanya gurulah yang membentuk sahsiah dan jati diri anak-anak istimewa ini.

Oleh itu, kami di Caliphs Peak Potentials memulakan inisiatif untuk melatih guru-guru di sekolah Anak Yatim seluruh Malaysia bagi mendidik anak-anak istimewa ini menjadi seorang Khalifah yang dapat membangun dan menggerakkan Ummah di negara kita dimasa hadapan.

Sila tonton video ini untuk ketahui lebih lanjut tentang Seminar Sayalah Khalifah ini:

Kami ingin sama-sama bergerak bersama-sama pihak yang ingin  berkolaborasi dengan kami bagi menjayakan jihad pendidikan ini.

Seminar Sayalah Khalifah merupakan gabungan antara konsep sekolah berkepimpinan yang diasaskan oleh Stephen R Covey didalam bukunya The Leader in Me dan disadurkan dengan konsep kepimpinan didalam Al Quran & Hadis.

Seminar ini berlangsung selama 2 hari. Dan kami mengenakan bayaran RM 297 untuk setiap guru yang dilatih didalam Seminar Sayalah Khalifah. Minimum guru yang dilatih untuk setiap seminar ini adalah 10 orang.

Tetapi untuk Projek Sayalah Khalifah di Sekolah Anak Yatim ini, kami hanya memerlukan kos asas sahaja untuk menghantar Trainer kami di sekolah-sekolah anak yatim yang disasarkan nanti. Antara kos asas adalah kos training materials spt file, handout dsb, kos penginapan, kos perjalanan, kos makan-minum Trainer kami dan kos dewan seminar (jika perlu).

Kami tidak berhasrat untuk memperoleh keuntungan dari projek kami ini. Cumanya, kami perlukan sedikit dana untuk menjayakannya.

Kenapa Kami Perlu Berkolaborari dengan Pihak Lain?

Kami adalah sebuah syarikat yang kecil dan baru sahaja memulakan projek seminar ini. Namun kami sudah lebih 10 tahun didalam bidang pendidikan ini.

Kami hanya perlukan dana untuk membiaya seminimum mungkin trainer kami yang akan melatih guru-guru sekolah anak yatim dimana-mana di seluruh Malaysia dan beberapa kos minimum untuk peserta seminar.

Oleh itu, kami ingin menjemput mana-mana yayasan, organisasi korporat dan individu untuk bersama-sama dengan kami bagi berkolaborasi demi menjayakan projek ini berkembang di seluruh Malaysia.

Pihak penyumbang juga berhak untuk memilih sekolah-sekolah anak yatim mana yang ingin kami laksanakan Projek Sayalah Khalifah di Sekolah Anak Yatim ini.

Syarikat kami juga memiliki lesen HRDF. Oleh itu, anda boleh claim HRDF untuk syarikat anda jika anda berminat untuk membiayai seminar ini.

Jika pihak anda berminat untuk berkejasama dengan kami bagi menjayakan jihad pendidikan ini, silalah hubungi kami segera:

Zufadhli 013 9311396

ps: Semoga niat ikhlas ini diangkat oleh Allah sebagai ibadah yang terpuji. InsyaAllah

Share Post Ini: