Jom Upgarade Sekolah @ Tadika anda menjadi Sekolah Berkepimpinan berdasarkan konsep The Leader in Me

Leader in Me diasaskan oleh Stephen Covey dari buku paling laris beliau iaitu The 7 Habits of Highly Effective People pada 1989. 7 habits ini, dikaji dari kisah kejayaan dan kepimpinan dari entreprenuer paling berjaya sejak 200 tahun dahulu hingga zaman moden kini.

Sejak dari penerbitan buku itu, sistem 7 habits ini diaplikasikan kedalam organisasi-organisasi besar diseluruh dunia. Buku beliau iaitu The 7 Habits of Highly Effective People telah berjaya dijual sebanyak 30 juta diseluruh dunia!

Program Leader in Me pula bermula apabila pengetua sekolah AB Combs iaitu Muriel Summers telah menemui Covey dan tanya “Jika teori 7 habits diaplikasikan kepada pelajar sekolah, adalah ia akan berikan impak yang sama seperti organisasi besar?”

Covey terus menjawab, “kenapa tidak!” Jadi Muriel Summers telah meminta Covey  membantu beliau untuk mengaplikasikan skill 7 habits untuk pelajar-pelajar sekolahnya.

Sejak itu, Muriel dan Covey bekerjasama memperkenalkan konsep sekolah berkepimpinan iaitu Leader in Me sehingga terhasilya buku ini.

Kini, konsep Leader in Me telah diaplikasikan oleh sekolah tadika dan sekolah rendah diseluruh dunia!

Jadi, jika masih belum memiliki buku The Leader in Me ini lagi, anda boleh dapatkannya secara online melalui laman web ini. Melalui pesanan online ini, saya akan hantar buku ini terus ke rumah @ pejabat anda.

Langkah pertama untuk membina sekolah berkepimpinan yang berjaya adalah dengan mengenali dan memahami prinsip 7 habits yang diperkenalkan oleh Stephen R.Covey ini.

7 habits ini adalah tiang kepada kejayaan setiap sekolah berkepimpinan diseluruh dunia.

Jadi kita perlu pastikan bukan sahaja murid yang mengingati dan mengamalkan prinsip 7 habits ini, tetapi setiap individu didalam organisasi sekolah anda perlu khatam dengan prinsip ini termasuklah pemilik sekolah, pengurusan sekolah, guru besar, guru, tukang masak, tukang cuci dan semuanya sekali.

Kenapa perlu semua orang fahami prinsip ini? Cikgu saja tak cukup ke?

Ada 2 sebab kenapa langkah ini penting.

Pertama, kita perlu tanam didalam sekolah kita bahawa semua orang adalah pemimpin.

Pemimpin ini termasuklah kerani, tukang cuci, tukang masak dan sebagainya. Tukang cuci adalah pemimpin kebersihan manakala tukang masak adalah pemimpin nutrisi.

Kita nak tanam didalam diri semua orang didalam sekolah kita sifat tanggungjawab seorang pemimpin walaupun dia hanyalah tukang cuci disitu.

Kedua, kita juga nak anak murid kita faham bahawa kepimpinan bukan sahaja menjadi ketua kelas dan pengawas sahaja. Jika mereka berada dialam pekerjaan nanti, mereka akan faham bahawa kepimpinan bukan sahaja untuk pemimpin masyarakat @ organisasi sahaja.

Jadi apabila mereka keluar ke alam pekerjaan nanti, mereka akan menerima pekerjaan mengikut pilihan mereka dan mereka akan lakukan yang terbaik didalam bidang itu kerana mereka telah dilatih untuk menjadi pemimpin sejak disekolah lagi.

Jadi, langkah pertama untuk mempersiapkan sekolah anda dengan konsep sekolah berkepimpinan, anda perlu pastikan setiap individu didalam sekolah anda mempraktikkan prinsip 7 habits setiap masa.

Share Post Ini: