produk laman web

Nak terokai peluang untuk memulakan perniagaan di universiti?

Ini merupakan salah satu seminar online yang saya telah hasilkan beberapa tahun yang lepas. Kini sebagai menghargai kesudian anda untuk melayari laman web saya ini, saya akan berikan akses kepada seminar ini secara PERCUMA. Sebelum itu, saya nak kongsikan kepada anda beberapa ringkasan mengenai pengenalan kepada seminar ini.

Semasa saya dikampus dahulu, saya pernah mencuba beberapa jenis perniagaan seperti jualan barangan runcit di dorm, jual baju bercetak, jual nasi lemak beserta kuih dan beberapa jenis perniagaan lagi. Melalui perniagaan-perniagaan ini, saya telah mendapat banyak keuntungan.

Kenapa bisnes di kampus ni sangat menguntungkan?

Sebab pasaran anda sangat besar dan sangat mudah untuk mencapai mereka… Kalau kat luar, anda susah nak capai pasaran 1000-2000 potensi pelanggan pada satu masa. Tapi kalau dikampus, sangat mudah.

Bisnes kampus anda juga cepat berkembang terutama jika produk/perkhidmatan yang anda tawarkan kepada mereka sangat berkualiti.

Namun apabila saya tamat belajar dikampus, kesemua perniagaan ini telah terkubur begitu sahaja. Saya ingatkan, apabila saya keluar dari kampus, saya juga boleh bina bisnes dengan mudah sebab saya dah ada pengalaman.. Tapi bisnes di luar kampus sangat berbeza…

Kenapa saya nak sangat ajar anda buat bisnes di kampus?

Semasa saya di universiti, saya telah mencuba pelbagai jenis bisnes. Ramai dikalangan junior university tahu saya adalah senior usahawan kampus. Jadi, walaupun saya dah tak buat bisnes kat universiti lagi, junior-junior kat university saya masih lagi dating kepada saya untuk belajar tentang rahsia bisnes di kampus.

Tapi memang susah nak melatih setiap junior yang datang kepada saya kerana mereka susah nak ejas masa kuliah mereka dengan masa yang saya free. Jadi, saya buat keputusan untuk membuat Seminar Rahsia Kaya @ Kampus ini untuk bantu setiap pelajar kampus yang minat nak mulakan bisnes di universiti mereka tak kira dimana mereka berada. Bagus?

Tapi saya bukan setakat nak ajar anda tentang peluang-peluang bisnes dikampus sahaja. Saya nak anda benar-benar bersedia untuk jadi usahawan walaupun anda dah grad nanti. Saya taknak anda berjaya dikampus sahaja tapi saya nak anda berjaya kat luar nanti. Saya taknak anda jadi seperti saya yang struggle masa memulakan bisnes saya di dunia diluar kampus ini. Sebab itulah saya sediakan seminar yang padat dengan informasi ini khas untuk anda.

Jadi… kepakaran saya adalah membantu anda mempercepatkan proses kejayaan dengan mempunyai persediaan yang betul, langkah yang betul dan memiliki strategi perniagaan yang betul supaya anda menjadi usahawan kaya dan berjaya di kampus. Malah, apabila anda tamat belajar, anda boleh teruskan legasi bisnes anda untuk menjadi Jutawan pada usia yang muda.

Saya yakin dengan hadis:

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:  “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

Tanpa membuang masa, mulakan langkah pertama anda untuk menyelami rahsia kaya di kampus sekarang!

Nik Mohd Zufadhli

Trainer/Motivator

ps: Selain dari seminar ini, ada beberapa seminar lagi yang akan saya kongsikan secara PERCUMA didalam blog ini. Nantikan kemunculannya yek!

Share Post Ini: